Daisypath Anniversary tickers

07 September, 2011

7 Keadaan Mayat Di Dalam Kubur


 Kalau selalu mengadap FB ramai kawan-kawan akan share sesuatu note untuk kita baca....kadang ada yang samapi tak terbaca dan ada yang sampai malas nak baca..

Di bawah ni aku petik note ni dari seorang kawan FB....bila baca-baca ni agaknya bila kita meninggal dan dikebumikan aper yang akan jadi pada mayat kita? pilih la yang mana satu korang nak....aku nak yang no 7...semoga aku menjadi hamba Allah yang Solehah..aminnn

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. 
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Renung-renungkan dan tanya lah iman....


Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment